awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Israel di Gaza tidak boleh dijustifikasi sebagai "memerangi keganasan" - Merz

Bernama
Bernama
26/05/2025
21:30 MYT
Tindakan Israel di Gaza tidak boleh dijustifikasi sebagai "memerangi keganasan" - Merz
Merz mengakui Jerman secara tradisi berhati-hati dalam mengkritik Israel disebabkan sejarahnya, namun menegaskan bahawa situasi semasa memerlukan pendirian yang jelas. - Gambar fail/Stefanie Loos/Reuters
BERLIN: Canselor Jerman, Friedrich Merz pada Isnin mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza dengan menyifatkan tindakan itu semakin banyak mencederakan orang awam dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Bercakap di Forum Eropah WDR di Berlin, Merz berkata, tahap kemusnahan terhadap orang awam sejak kebelakangan ini tidak lagi boleh dianggap sebagai sebahagian usaha Israel memerangi keganasan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Apa yang sedang dilakukan oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza sekarang, yang menyebabkan penderitaan besar terhadap penduduk awam dan semakin meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini, tidak lagi boleh dijustifikasikan sebagai perjuangan menentang keganasan," katanya.
Canselor itu mengakui yang Jerman secara tradisi berhati-hati dalam mengkritik Israel disebabkan sejarahnya, namun menegaskan, situasi semasa memerlukan pendirian yang jelas.
"Apabila sempadan dilampaui, apabila undang-undang kemanusiaan antarabangsa benar-benar dicabuli, Jerman dan Canselornya perlu bersuara menyatakan sesuatu mengenainya," katanya.
Merz turut menambah, beliau berhasrat membangkitkan kebimbangan tersebut secara terus dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam pertemuan mereka minggu ini.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Gaza
#Israel
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan