awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik udara di Belgium terjejas teruk akibat mogok kesatuan sekerja

Bernama
Bernama
14/10/2025
09:55 MYT
Trafik udara di Belgium terjejas teruk akibat mogok kesatuan sekerja
Tunjuk perasaan itu menyebabkan gangguan besar kepada trafik udara dan perkhidmatan awam. - Reuters
BRUSSELS: Puluhan ribu penunjuk perasaan dijangka berkumpul di Brussels pada Selasa untuk membantah rancangan pemotongan belanjawan kerajaan, menyebabkan gangguan besar kepada trafik udara dan perkhidmatan awam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Di lapangan terbang terbesar Belgium di Zaventem, semua penerbangan yang berlepas dibatalkan disebabkan oleh mogok kakitangan keselamatan, dengan beberapa penerbangan tiba turut dibatalkan, menurut pentadbiran lapangan terbang.
Tiada penerbangan akan tiba atau berlepas dari lapangan terbang kedua terbesar negara di Charleroi, menurut laman sesawang lapangan terbang itu.
Pengangkutan awam tempatan di ketiga-tiga wilayah negara itu juga terjejas, dengan hanya kurang separuh daripada semua bas, trem dan metro yang dirancang beroperasi, lapor agensi berita Belgium Belga.
Perkhidmatan kutipan sampah dan pos dijangka terganggu, lapor media Belgium.
Bagaimanapun, pengendali kereta api SNCB berkata lebih banyak perkhidmatan kereta api akan beroperasi ke laluan Brussels untuk membolehkan penunjuk perasaan tiba di ibu negara.
Tiga kesatuan sekerja utama - CGSLB yang berfahaman liberal, CSC berteraskan Kristian dan FGTB yang mewakili sayap kiri - bersama-sama menggesa "demonstrasi nasional" bagi membantah perubahan kepada pencen dan faedah pengangguran serta penurunan kuasa membeli.
Polis turut mengeluarkan nasihat tegas supaya orang ramai mengelak memandu ke Brussels berikutan penutupan jalan dan jangkaan kehadiran besar penunjuk perasaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mogok kesatuan sekerja
#Belgium
#trafik udara
#jadual penerbangan
#Brussels
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan