awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran gesa PBB bertindak susulan serangan ke atas loji nuklear
Keluarga Giuffre gesa Raja Charles temui mangsa Epstein semasa lawatan ke AS
Konflik Asia Barat: AS, Iran berbalas ancaman ketika operasi mencari juruterbang AS diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akui 'tersinggung' dengan sokongan Putin terhadap Harris

Bernama
Bernama
08/09/2024
05:47 MYT
Trump akui 'tersinggung' dengan sokongan Putin terhadap Harris
Semasa bercakap pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur, Putin secara berseloroh berkata Rusia akan menyokong calon presiden AS dari Parti Demokrat Kamala Harris (kiri). - Gambar fail
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara berseloroh mengakui bahawa beliau "sangat tersinggung" dengan keputusan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menyatakan sokongan kepada Naib Presiden AS Kamala Harris, lapor Sputnik.
Semasa bercakap pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur, Putin secara berseloroh berkata Rusia akan menyokong calon presiden AS dari Parti Demokrat Kamala Harris seperti yang disyorkan oleh penyandang Presiden Joe Biden.
Pemimpin Rusia itu mendakwa Harris mempunyai ketawa yang "berjangkit" yang mana seseorang boleh membuat kesimpulan bahawa beliau "melakukan dengan agak baik."
"Saya mengenali Putin, saya mengenalinya dengan baik. Pada hari yang lalu beliau menyokong Kamala. Beliau menyokong Kamala -- Saya sangat tersinggung dengan itu. Saya fikir ia dilakukan mungkin dengan senyuman," kata Trump kepada penyokongnya semasa berucap pada perhimpunan di Wisconsin.
Trump juga tertanya-tanya mengapa ketua negara Rusia itu menyokong Harris, sambil menambah bahawa Putin adalah seorang "pemain catur."
Selain itu, bekas presiden itu sekali lagi menyatakan keyakinan bahawa konflik Ukraine tidak akan berlaku di bawah pemerintahannya.
Pilihan raya presiden AS akan diadakan pada 5 November. Naib Presiden Harris akan mewakili Parti Demokrat, dan Trump akan mewakili Parti Republikan.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Kamala Harris
#Vladimir Putin
#Joe Biden
#pilihan raya presiden amerika syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan