awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump beri kelulusan sementara Hamas jalankan operasi keselamatan di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2025
11:20 MYT
Trump beri kelulusan sementara Hamas jalankan operasi keselamatan di Gaza
Trump mengakui bahawa Hamas sedang bertindak sebagai pasukan polis dan berdepan dengan kumpulan-kumpulan yang menentang mereka. - Gambar/ Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan bahawa Hamas telah diberi kelulusan sementara untuk menjalankan operasi keselamatan dalaman di Gaza, susulan gencatan senjata yang mula berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

Ringkasan AI
  • Presiden AS Donald Trump menyatakan Hamas diberi kelulusan sementara untuk menjalankan operasi keselamatan dalaman di Gaza selepas gencatan senjata, bagi mengelakkan kekacauan dan jenayah.
  • Hamas mengerahkan pasukan keselamatan untuk mengekang kegiatan jenayah seperti rompakan dan penjarahan bantuan, serta menawarkan pengampunan kepada individu yang tidak terlibat dalam pertumpahan darah.
  • Trump menegaskan bahawa kelulusan itu bersifat sementara dan Hamas perlu menghentikan pemerintahan mereka di Gaza sebagai sebahagian daripada pelan damai yang lebih menyeluruh.

Menurut Trump, langkah itu bertujuan mengelakkan kekacauan dan jenayah selepas hampir dua juta penduduk Gaza kembali ke kawasan yang musnah akibat perang, lapor Reuters.
Beliau berkata: “Kami mahu mereka hentikan masalah dan kami beri mereka kelulusan untuk tempoh tertentu," katanya.
Hamas telah mengerahkan pasukan keselamatan di beberapa kawasan Gaza bagi mengekang jenayah, termasuk kegiatan merompak dan penjarahan bantuan kemanusiaan.
Kumpulan itu menyatakan tindakan tersebut penting untuk mengelakkan kekosongan kuasa dan memastikan keselamatan awam.
Dalam kenyataan kepada media semasa berada di atas pesawat Air Force One, Trump mengakui bahawa Hamas sedang bertindak sebagai pasukan polis dan berdepan dengan kumpulan-kumpulan yang menentang mereka.
“Mereka mahu hentikan masalah dan mereka terbuka mengenainya,” katanya dilapor Reuters.
Kementerian Dalam Negeri Hamas turut mengeluarkan kenyataan menawarkan pengampunan kepada individu yang menyertai kumpulan jenayah, dengan syarat mereka tidak terlibat dalam pertumpahan darah.
Tawaran itu dilihat sebagai usaha untuk memulihkan ketenteraman di Gaza.
Walaupun kelulusan sementara diberikan, Trump menegaskan bahawa Hamas perlu menghentikan pemerintahan mereka di Gaza sebagai sebahagian daripada pelan damai yang lebih menyeluruh.
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#Hamas
#Donald Trump
#operasi keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan