awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump harap Amerika Syarikat pulih selepas pembunuhan Kirk

Bernama
Bernama
14/09/2025
01:25 MYT
Trump harap Amerika Syarikat pulih selepas pembunuhan Kirk
Memorial untuk Charlie Kirk dibina di Utah Valley University, Orem, Utah, 13 Sept 2025. (Foto AP)
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu menyuarakan harapan agar negaranya kembali pulih susulan pembunuhan aktivis konservatif, Charlie Kirk, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Saya ingin melihat negara ini pulih," kata Trump dalam wawancara telefon bersama NBC News.
"Namun kita sedang berdepan kumpulan sayap kiri radikal yang tidak pernah berlaku adil sejak dahulu."
"Kita akan lihat apa yang berlaku selepas ini. Mereka (sayap kiri) tidak suka dengan apa yang sedang berlaku. Kita telah meraih kemenangan besar," kata beliau.
Kirk, 31, maut ditembak pada Rabu ketika sedang berucap di hadapan pelajar di Universiti Utah Valley, di bandar Orem, kira-kira 64 kilometer selatan Salt Lake City.
Serangan itu berlaku walaupun terdapat kawalan keselamatan, termasuk enam anggota polis universiti serta pasukan pengawal peribadi Kirk.
Rakaman video dalam talian menunjukkan detik peluru mengenai Kirk ketika beliau sedang berucap, menyebabkan pelajar bertempiaran lari dalam keadaan panik.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
"Untuk rakyat Amerika yang saya kasihi, saya dipenuhi rasa sedih dan marah terhadap pembunuhan kejam Charlie Kirk di kampus universiti di Utah," kata Trump dalam hantaran di platform media sosialnya, Truth Social.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Charlie Kirk
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#kawalan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan