awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump kerah 2,000 Pengawal Nasional ke Los Angeles susulan protes

Bernama
Bernama
08/06/2025
04:15 MYT
Trump kerah 2,000 Pengawal Nasional ke Los Angeles susulan protes
Protes tercetus pada Jumaat selepas pegawai-pegawai Imigresen dan Kastam (ICE) melaksanakan waran geledah di seluruh bandar raya itu. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Rumah Putih pada Sabtu memaklumkan bahawa Pengawal Nasional akan dikerahkan ke Los Angeles ketika protes yang berlarutan akibat serbuan imigresen, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Protes tercetus selepas pegawai Imigresen dan Kastam (ICE) melaksanakan waran geledah di seluruh Los Angeles, menyebabkan kira-kira 1,000 penunjuk perasaan bertembung dengan pegawai ICE.
  • Presiden Donald Trump mengerahkan 2,000 anggota Pengawal Nasional ke Los Angeles untuk menangani situasi, menyifatkan operasi ICE sebagai penting untuk menghentikan pencerobohan penjenayah haram.
  • Beberapa tangkapan telah dibuat berhubung serangan terhadap ejen persekutuan, dan Rumah Putih menegaskan dasar toleransi sifar terhadap keganasan serta menyalahkan pemimpin Demokrat California kerana gagal melindungi rakyat.

Protes tercetus pada Jumaat selepas pegawai-pegawai Imigresen dan Kastam (ICE) melaksanakan waran geledah di seluruh bandar raya itu.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan menyerang pegawai ICE pada Jumaat.
Ketua United States Border Patrol, Michael Banks berkata di platform X bahawa beberapa tangkapan dibuat pada Sabtu berhubung dakwaan serangan terhadap ejen persekutuan.
Dalam satu kenyataan, Rumah Putih menyifatkan operasi ICE itu "penting untuk mengubah dan menghentikan pencerobohan penjenayah haram ke Amerika Syarikat".
"Susulan keganasan ini, pemimpin Demokrat California yang lemah gagal melindungi rakyat mereka," menurut kenyataan itu.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani satu memorandum, mengerahkan 2,000 anggota Pengawal Nasional "bagi menangani pelanggaran undang-undang yang dibiarkan berlarutan.
"Pentadbiran Trump mempunyai dasar toleransi sifar terhadap kelakuan jenayah dan keganasan, khususnya jika ia ditujukan kepada pegawai penguat kuasa undang-undang yang hanya menjalankan tugas mereka.
"Penjenayah ini akan ditahan dan dibawa ke muka pengadilan dengan segera," menurut Rumah Putih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Los Angeles
#tunjuk perasaan
#Imigresen
#pendatang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami