awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penglibatan swasta, usahawan penting jayakan Ekonomi MADANI – PM Anwar
Hishammuddin, KJ, Syed Hamid bersama 6,252 ahli sah kembali kepada UMNO
Pearly terima penghargaan daripada Anwar dan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump mahu keselamatan untuk rakyat Gaza, Hamas tuntut jaminan tamat perang

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2025
01:10 MYT
Trump mahu keselamatan untuk rakyat Gaza, Hamas tuntut jaminan tamat perang
Pasukan perubatan di Gaza melaporkan bahawa serangan udara Israel yang berterusan telah mengorbankan ramai lagi penduduk di seluruh wilayah tersebut. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis memaklumkan, beliau mahu keselamatan untuk rakyat Gaza dan menyifatkan penduduk di sana telah melalui penderitaan yang amat dahsyat.
Kenyataan itu dibuat ketika Hamas menuntut jaminan bahawa cadangan gencatan senjata baharu yang disokong AS akan membawa kepada berakhirnya perang di Gaza.
"Saya mahu rakyat Gaza selamat, itu yang paling penting. Saya mahu melihat keselamatan untuk rakyat Gaza. Mereka telah melalui penderitaan yang amat dahsyat," katanya.
Dalam masa sama, pasukan perubatan di Gaza melaporkan serangan udara Israel yang berterusan telah mengorbankan ramai lagi penduduk di seluruh wilayah tersebut.
Usaha untuk mencapai gencatan senjata di Gaza semakin giat selepas AS berjaya memeterai perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan konflik udara selama 12 hari antara Israel dan Iran.
Sementara itu, serangan ketenteraan Israel telah meragut lebih 57,000 nyawa rakyat Palestin sekali gus menyebabkan lebih dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal, mencetuskan kebuluran meluas dan memusnahkan sebahagian besar wilayah tersebut.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Gaza
#gencatan senjata
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan