awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump terbuka hantar banduan AS ke El Salvador

Bernama
Bernama
07/04/2025
12:15 MYT
Trump terbuka hantar banduan AS ke El Salvador
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau terbuka untuk memindahkan banduan AS ke El Salvador. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau terbuka untuk memindahkan banduan AS ke El Salvador, apabila ditanya oleh wartawan di dalam Air Force One pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Sebelum ini, Presiden El Salvador, Nayib Bukele menawarkan untuk menempatkan pesalah AS yang ganas di kompleks penjara keselamatan tinggi El Salvador iaitu Pusat Kurungan Keganasan (CECOT), yang terkenal dengan keadaannya yang teruk.
"Jika mereka boleh menempatkan penjenayah ini dengan kos yang jauh lebih rendah daripada kos kami, saya menyokongnya, tetapi saya hanya akan melakukannya mengikut undang-undang," kata Trump.
Trump juga menjemput Bukele ke Rumah Putih pada 14 April untuk perbincangan lanjut mengenai topik itu.
Cadangan itu dibuat ketika Washington memulakan penghantaran beratus-ratus disyaki ahli kumpulan kongsi gelap Venezuela ke El Salvador, yang jelas bertentangan dengan perintah hakim AS yang menghalang pentadbiran Trump daripada menjalankan pengusiran sedemikian.
Bukele sejak itu melanjutkan tawaran untuk turut memasukkan warganegara AS yang disabitkan kesalahan, dengan mendakwa ia bakal menjadikan sistem penjara El Salvador mampan dari segi kewangan.
Kumpulan hak asasi berulang kali mengkritik dasar penjara Bukele, merujuk kepada penahanan sewenang-wenangnya, selain melanggar hak asasi manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Amerika Syarikat
#Donald Trump
#banduan AS
#El Salvador
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan