awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tidak akan beri keterangan - Pasukan peguam

Bernama
Bernama
05/02/2021
04:27 MYT
Trump tidak akan beri keterangan - Pasukan peguam
Trump menghadapi tuduhan menghasut rusuhan 6 Jan di Capitol Hill yang menyebabkan lima kematian. - Gambar fail
WASHINGTON:Pasukan peguam bekas Presiden Donald Trump pada Khamis menolak permintaan untuk anak guamnya memberi keterangan pada perbicaraan pendakwaan oleh Senat.
Pengurus pendakwaan utama Jamie Raskin mengirim surat kepada peguam Trump yang meminta beliau memberi keterangan sebelum atau semasa perbicaraan minggu depan, menurut Agensi Anadolu.
"Kami mencadangkan anda memberikan keterangan (termasuk pemeriksaan balas) seawal Isnin, 8 Februari 2021, dan selewat-lewatnya pada Khamis, 11 Februari 2021.
"Kami akan mengatur sesi tersebut mengikut waktu dan tempat yang sesuai dan dipersetujui," tulis Raskin dalam surat itu.
Permohonan itu ditolak Peguam Bruce Castor dan David Schoen.
Menurut mereka Raskin tidak dapat membuktikan tuduhan terhadap bekas presiden itu dan Trump "kini warganegara bebas."
Jason Miller, penasihat kanan Trump, juga memberitahu Domenico Montanaro dari Radio Awam Nasional bahawa Trump tidak akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
"Presiden itu tidak akan memberi keterangan dalam proses yang tidak berperlembagaan," katanya.
Trump menghadapi tuduhan menghasut rusuhan 6 Jan di Capitol Hill yang menyebabkan lima kematian.
Beliau satu-satunya presiden dalam sejarah Amerika Syarikat yang didakwa sebanyak dua kali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#perbicaraan
#pendakwaan
#Senat
#Jamie Raskin
#surat
#peguam
#presiden as
#beri keterangan
#menghasut
#rusuhan
#Capitol Hill
#Jason Miller
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan