awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tidak akan libatkan Musk dalam keputusan berkaitan angkasa lepas

Bernama
Bernama
19/02/2025
14:34 MYT
Trump tidak akan libatkan Musk dalam keputusan berkaitan angkasa lepas
Trump membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan mengenai kemungkinan konflik kepentingan melibatkan Musk. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Selasa bahawa usahawan bilionair Elon Musk tidak akan terlibat dalam sebarang keputusan berkaitan angkasa lepas, lapor Xinhua.
Trump membuat kenyataan itu di resort Mar-a-Lago di Florida sebagai respons kepada soalan mengenai kemungkinan konflik kepentingan melibatkan Musk dalam usahanya untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, menurut laporan media.
"Jadi bagi apa sahaja yang berkaitan dengan angkasa lepas, kita tidak akan benarkan Elon terlibat," katanya kepada wartawan.
Rumah Putih sebelum ini menyatakan bahawa Musk akan menarik diri daripada sebarang konflik kepentingan antara perniagaan beliau dan usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan menerusi Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE).
Berhubung peranan Musk dalam pentadbiran Trump, Rumah Putih mengesahkan pada Isnin, bahawa beliau adalah seorang staf Rumah Putih dan penasihat kanan kepada Presiden. Bagaimanapun, Musk bukan pekerja DOGE dan tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan, menurut kenyataan itu.
Trump pada Selasa turut berkata Musk boleh dianggap sebagai seorang "pekerja" atau "perunding".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Elon Musk
#Angkasa Lepas
#Perbelanjaan kerajaan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan