awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin

Bernama
Bernama
10/01/2025
08:30 MYT
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
"Beliau (Putin) mahu bertemu dan kami sedang mengaturnya," kata Trump (kanan). - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Beliau (Putin) mahu bertemu dan kami sedang mengaturnya," kata Trump kepada wartawan sebelum menghadiri mesyuarat bersama gabenor Parti Republikan di kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida.
Bagaimanapun, Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai pertemuan yang mungkin diadakan itu.
"Presiden Putin mahu bertemu. Beliau juga menyatakannya secara terbuka dan kita perlu menamatkan perang itu. Itu adalah kekacauan berdarah," katanya, merujuk kepada perang Rusia-Ukraine.
Mengenai Presiden China Xi Jinping, Trump berkata mereka telah berkomunikasi secara intensif.
"Kami mempunyai banyak mesyuarat yang dirancang dengan ramai pihak.. tetapi saya lebih suka menunggu sehingga 20 Jan" katanya, merujuk kepada tarikh pelantikannya sebagai Presiden AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Vladimir Putin
#mesyuarat
#Rusia
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan