awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsunami landa Pantai Pasifik Jepun selepas letusan gunung berapi di Tonga

Bernama
Bernama
16/01/2022
05:31 MYT
Tsunami landa Pantai Pasifik Jepun selepas letusan gunung berapi di Tonga
Tsunami kecil kurang daripada satu meter dikesan merentasi kawasan pantai Pasifik negara itu. - Foto REUTERS
ANKARA: Pantai Pasifik Jepun dilanda tsunami pada Sabtu akibat letusan gunung berapi dasar laut di negara Tonga.
Tsunami setinggi 1.2 meter direkodkan di bandar Amami, manakala tsunami 1.1 meter di Wilayah Iwate, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan media tempatan.
Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi 3 meter mungkin melanda beberapa pulau di barat daya Jepun.
Meskipun tiada laporan kecederaan atau kerosakan besar, agensi itu berkata tsunami kecil kurang daripada satu meter dikesan merentasi kawasan pantai Pasifik negara itu.
Ancaman Tsunami | Jepun dilanda Tsunami selepas letusan di Tonga
Pihak berkuasa di kepulauan barat daya wilayah Kagoshima dan kawasan pantai timur laut menggesa penduduk setempat berpindah daripada kawasan berkenaan.
Pusat Amaran Tsunami Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran tsunami bagi pantai barat AS dan Kanada selepas letusan gunung berapi melanda Tonga.
Gunung berapi itu, yang terletak 65 kilometer di utara ibu negara Tonga Nuku'alofa, telah mula memuntahkan abu, debu dan asap pagi Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tsunami
#Tonga
#Jepun
#Pantai Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan