awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan bertukar ganas: Polis tembak peluru getah, gas pemedih mata

Bernama
Bernama
28/02/2021
21:22 MYT
Tunjuk perasaan bertukar ganas: Polis tembak peluru getah, gas pemedih mata
Penunjuk perasaan antikerajaan di luar kem tentera bertukar ganas apabila polis menembak peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air. - REUTERS
BANGKOK: Tunjuk perasaan antikerajaan di luar kem tentera bertukar ganas dan memaksa polis menembak peluru getah, gas pemedih mata dan tembakan meriam air untuk menyuraikan kumpulan penentang itu pada Ahad malam.
Pada mulanya penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di Monumen 'Victory' sebelum bergerak ke kawasan Regimen Infantri Pertama di Jalan Vibhavadi Rangsit.
Penunjuk perasaan yang dikenali sebagai 'Free Youth Movement' itu menyasarkan kediaman Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha yang terletak di Regimen Infantri Pertama itu.
Penunjuk perasaan itu bertukar ganas selepas mereka mula membaling botol air dan batu ke arah polis, walaupun pengawal penunjuk perasaan cuba yang terbaik untuk meredakan ketegangan.
Apabila ketegangan meningkat, penunjuk perasaan mula bertembung dengan polis.
Polis menembak gas pemedih mata dan tembakan meriam air untuk menyuraikan kumpulan itu. Bunyi letupan yang kuat juga kedengaran, dipercayai daripada bom buatan sendiri dan juga mercun.
Saksi menyatakan peluru gerah digunakan terhadap penunjuk perasaan yang enggan bersurai dan membaling objek ke arah polis.
Sehingga kini tiada laporan jumlah kecederaan. Bagaimanapun, pegawai perubatan di tempat kejadian berkata, sekurang-kurangnya tiga orang cedera akibat gas pemedih mata.
Pada jam 9.35 malam (waktu tempatan), penganjur membuat hantaran di media sosial meminta penunjuk perasaan untuk berundur (sementara), kerana polis menembak peluru getah dan gas pemedih mata.
Sehingga pertengahan Julai, penunjuk perasaan antikerajaan telah berkumpul di Bangkok dan bandar lain, mengemukakan permintaan untuk perubahan politik, termasuk peletakan jawatan perdana menteri, pembubaran Parlimen dan pengubalan semula Perlembagaan dan reformasi monarki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Penunjuk perasaan
#tentera
#tembakan
#Bangkok
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan