awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki sambut ulang tahun ke 100 sebagai republik

Dzulfitri Yusop
Dzulfitri Yusop
29/10/2023
08:57 MYT
Turki sambut ulang tahun ke 100 sebagai republik
Turki sudah bersedia dengan sambutan yang dirancang sejak setahun yang lalu. - Gambar/ AP
ISTANBUL: Turki pada Ahad menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya sebagai sebuah republik dengan pelbagai acara disusun atur.
Daripada perarakan raksasa, pameran, konsert hinggalah ke festival rakyat, Turki sudah bersedia dengan sambutan yang dirancang sejak setahun yang lalu.
Sempena sambutan ini juga, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah meletakkan visi jangka panjang melalui gagasan Century of Turkiye untuk memacu republik ini lebih ke hadapan dengan semangat dan wawasan yang diperbaharui berlandaskan asas yang dibina sejak seabad yang lalu.
Pada pagi Ahad, Erdogan memulakan sambutan rasmi dengan menziarahi makam pengasas Turki moden, Mustafa Kamal Ataturk di Anitkabir bersama pemimpin tertinggi yang lain.
Seterusnya Erdogan menyertai Perarakan Rasmi Sambutan 100 tahun di Parlimen dan menyampaikan ucap tama untuk rakyat Turki.
Kemuncak acara yang menjadi tumpuan ialah perarakan lebih 100 kapal perang, senjata artileri dan 20 lintasan hormat jet pejuang di Selat Bosphorus.
Pertunjukan ini merupakan pertunjukan armada laut terbesar dalam sejarah angkatan laut Turki.
Perarakan ketenteraan ini kemudiannya akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api dan dron di Selat Bosphorus.
Media barat menyifatkan Erdogan melakukan sambutan ulangan tahun ke-100 Republik Turki ini dengan pendekatan yang sederhana selepas tragedi gempa bumi yang mengorbankan lebih 50,000 rakyatnya pada Februari lalu selain sentimen pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza ketika ini.
Topic Berkaitan
#Turki
#republik
#ulang tahun ke-100
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan