awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian kedua sistem roket Starship mungkin pada 17 Nov - Elon Musk

Bernama
Bernama
14/11/2023
12:45 MYT
Ujian kedua sistem roket Starship mungkin pada 17 Nov - Elon Musk
Pengasas SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 Nov. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Pengasas SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 Nov, lapor Sputnik.
"Baru sahaja dimaklumkan bahawa kelulusan pelancaran mungkin akan diperoleh untuk membolehkan pelancaran dibuat pada Jumaat," kata Musk pada Isnin.
Sistem roket Starship akan dilancarkan dari Starbase, Texas, berhampiran South Padre Island.
Pelancaran pertama sistem roket Starship berlangsung pada 20 April menjadikannya roket terbesar dan paling berkuasa pernah dibina. Penerbangan ujian itu terpaksa ditamatkan apabila kapal angkasa itu mula kehilangan altitud ekoran kegagalan beberapa enjinnya.
Musk baru-baru ini berkata SpaceX menaik taraf sistem roket Starship itu yang akan meningkatkan peluangnya untuk sampai ke orbit pada penerbangan ujian kedua nanti.
Sistem roket Starship sepanjang hampir 400 kaki itu menggunakan dua komponen boleh guna semula, termasuk Super Heavy Booster yang menggunakan 33 enjin Raptor berkuasa metana dan kapal angkasa Starship yang dilengkapi enam enjin Raptor.
Starship dibangunkan untuk membawa manusia ke Bulan dan penerbangan jangka panjang ke Marikh dan seterusnya.
Sistem ini dibangunkan untuk mengisi bahan bakar dalam ruang udara dan keupayaan untuk mendarat di destinasi merentasi sistem suria dan kembali ke Bumi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#SpaceX
#ujian kedua sistem roket Starship
#Texas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan