awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine terima EUR1 bilion bantuan ekonomi daripada Kesatuan Eropah

Bernama
Bernama
08/05/2025
15:20 MYT
Ukraine terima EUR1 bilion bantuan ekonomi daripada Kesatuan Eropah
Suruhanjaya Eropah pada Khamis menyalurkan bantuan belanjawan sebanyak EUR1 bilion (US$1.1 bilion) kepada Ukraine sebagai sebahagian daripada program bantuan ekonomi berskala besar. - Gambar fail/REUTERS
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah pada Khamis menyalurkan bantuan belanjawan sebanyak EUR1 bilion (US$1.1 bilion) kepada Ukraine sebagai sebahagian daripada program bantuan ekonomi berskala besar, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Dana itu merupakan sebahagian daripada pinjaman bernilai EUR45 bilion yang disediakan oleh negara-negara demokrasi Barat maju ekonomi dalam Kumpulan Tujuh (G7) dan Kesatuan Eropah (EU).
Dengan pembayaran terbaharu itu, EU telah menyalurkan EUR6 bilion sejak awal tahun ini. Keseluruhannya, blok itu komited untuk meminjamkan EUR18.1 bilion kepada Ukraine di bawah program berkenaan.
Pinjaman tersebut akan dibayar balik menggunakan hasil daripada aset Rusia yang dibekukan di EU.
Sejak permulaan pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022, EU dan 27 negara anggotanya telah menyediakan hampir EUR150 bilion dalam bentuk bantuan ekonomi, kemanusiaan dan ketenteraan kepada Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#EUR1 bilion
#bantuan ekonomi
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan