awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang tentera diisytihar di Thailand, siaran televisyen ditapis

Agensi
Agensi
20/05/2014
06:19 MYT
Undang-undang tentera diisytihar di Thailand, siaran televisyen ditapis
Tentera Thai melakukan rondaan dalam sebuah jip yang dilengkapi mesingan di Bangkok. -- AFP PHOTO/Christophe ARCHAMBAULT
Tentera Thailand mengisytiharkan undang-undang tentera hari ini bertujuan memastikan negara terbabit kembali tenang setelah berlakunya protes jalanan yang berlanjutan beberapa bulan di samping pergolakan politik.
Tentera bagaimanapun menafikan sedang melakukan rampasan kuasa.
Seorang pegawai tentera yang enggan mendedahkan identitinya memaklumkan pelaksanaan undang undang tentera itu bukan satu rampasan kuasa tetapi bagi memastikan keadaan di negara itu tetap aman dan terkawal.
Pemangku menteri kehakiman Thailand Chaikasem Nitisiri menegaskan, adalah bagus untuk pihak tentera menjaga keselamatan negara namun, kerajaan masih mempunyai kuasa penuh mentadbir negara
Langkah itu diambil sehari selepas pemangku perdana menteri sementara Niwattumrong Boonsongpaisan menolak gesaan untuk meletak jawatan.
Tentera bersenjata dilaporkan memasuki pusat bandar dan dilihat memasuki beberapa stesen televisyen swasta di Bangkok bagi menggantung siaran dengan beberapa arahan penapisan.
Tindakan menyingkirkan perdana menteri Yingluck Shinawatra awal bulan ini melalui satu arahan mahkamah yang penuh kontroversi menyaksikan ketegangan negara itu semakin memuncak.
Penyokong Yingluck dan abangnya Thaksin Shinawatra, yang digulingkan sebagai perdana menteri dalam rampasan kuasa 2006, telah memberi amaran ancaman perang saudara jika kuasa diserahkan kepada seorang pemimpin yang tidak dipilih, berdasarkan permintaan pembangkang.
Thailand diselubungi kekecohan dan kegawatan politik sejak 2006, apabila Thaksin digulingkan oleh rampasan kuasa tentera selepas dituduh rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak menghormati Raja Bhumibol Adulyadej.
Terbaru, pergolakan bermula November lalu apabila penunjuk perasaan anti-kerajaan cuba menggulingkan Yingluck dengan mengadakan demonstrasi jalanan.
Sebelas rampasan kuasa tentera berlaku di negara gajah putih itu sejak berakhirnya sistem beraja mutlak di Thailand pada 1932.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#protes
#red shirt
#Thailand
#Thaksin Shinawatra
#undang-undang tentera
#Yingluck Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan