awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA lulus resolusi benarkan Presiden Palestin sampaikan ucapan melalui video rakaman

Bernama
Bernama
20/09/2025
13:45 MYT
UNGA lulus resolusi benarkan Presiden Palestin sampaikan ucapan melalui video rakaman
Usul mengenai penyertaan Negara Palestin dalam sesi ke-80 Perhimpunan itu diluluskan dengan 145 undi menyokong, enam berkecuali dan lima menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel. - Gambar fail/Sergei Bobylev/Photo host agency RIA Novost
WASHINGTON: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima pakai resolusi yang membenarkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyampaikan ucapan pada Perbahasan Umum peringkat tinggi minggu depan melalui kenyataan yang dirakam.
Usul mengenai penyertaan Negara Palestin dalam sesi ke-80 Perhimpunan itu diluluskan dengan 145 undi menyokong, enam berkecuali dan lima menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel, lapor Anaolu Ajansi.
Langkah itu diambil selepas Washington menolak dan membatalkan visa untuk Abbas dan pegawai kanan Pihak Berkuasa Palestin, sekali gus menghalang mereka daripada melakukan perjalanan ke New York bagi perhimpunan tahunan PBB itu.
Keputusan AS itu dibuat selepas pengumuman United Kingdom, Perancis, Australia dan Kanada mengenai rancangan mereka untuk mengiktiraf Negara Palestin semasa mesyuarat PBB akan datang, menyertai 147 negara yang sudah berbuat demikian.
Duta Palestin Riyad Mansour mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang menyokong resolusi itu, dengan menyifatkannya sebagai "pendirian yang amat jelas" bahawa negara tuan rumah mesti menghormati kewajipannya di bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB.
Beliau berkata penafian visa itu adalah "penyalahgunaan kuasa dan hukuman terhadap Negara Palestin yang tidak sepatutnya berlaku," sambil menegaskan Palestin tidak akan berundur walau seinci daripada haknya untuk menyertai PBB sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#UNGA
#Palestin
#penyalahgunaan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan