awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNHCR gesa sokongan berterusan terhadap pelarian Rohingya

Bernama
Bernama
20/02/2022
09:58 MYT
UNHCR gesa sokongan berterusan terhadap pelarian Rohingya
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menggesa sokongan berterusan antarabangsa terhadap pelarian Rohingya dan negara tuan rumah Bangladesh. - Gambar fail/REUTERS
DHAKA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menggesa sokongan berterusan antarabangsa terhadap pelarian Rohingya dan negara tuan rumah Bangladesh, lapor Agensi Anadolu.
Pada Ogos 2017, hampir 750,000 Muslim Rohingya melarikan diri daripada kekejaman pihak tentera di Rakhine, Myanmar menjadikan jumlah keseluruhan pelarian di Cox's Bazar mencecah 1.2 juta orang, memetik kenyataan UNHCR.
Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Kelly T. Clements dan Pengarah UNHCR untuk Asia dan Pasifik Indrika Ratwatte melawat Bangladesh pada 13 hingga 18 Feb, termasuk ke kem pelarian di Cox's Bazar dan Pulau Bhasan Char.
Hasil lawatan itu mendapati terdapatnya keperluan mendesak dan lebih komprehensif berkaitan bantuan kemanusiaan.
"Ia termasuk penyelesaian alternatif seperti penempatan semula ke negara ketiga untuk golongan paling terjejas dengan perlindungan khusus, serta peluang pekerjaan dan pendidikan," menurut kenyataan itu.
Clements turut mengulangi komitmen UNHCR bagi kepulangan secara sukarela dan penyelesaian lain.
"Meskipun pelarian dengan jelas menyatakan keinginan untuk pulang ke negara asal, mereka juga khuatir nyawa mereka terancam jika berbuat demikian.
"Oleh itu, kami perlu berusaha mencari penyelesaian lain sambil menggandakan usaha menyediakan akses kepada pendidikan, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan bagi mereka dan tuan rumah," kata Clements.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNHCR
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#pelarian Rohingya
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan