awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNRWA tutup ibu pejabat di Baitulmaqdis Timur

Bernama
Bernama
10/05/2024
07:33 MYT
UNRWA tutup ibu pejabat di Baitulmaqdis Timur
Lazzarini menegaskan bahawa "ini adalah perkembangan yang sangat membimbangkan dan nyawa kakitangan PBB berada dalam risiko serius." - Foto AP
GAZA: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis memutuskan untuk menutup ibu pejabatnya di Baitulmaqdis Timur selepas penduduk Israel berulang kali membakar kawasan berhampiran premis itu, lapor Xinhua.
Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini menerusi hantaran di X berkata kebakaran itu merupakan kejadian kedua dalam tempoh kurang daripada seminggu dan berlaku semasa kakitangan berada di premis berkenaan.
Beliau berkata tiada kakitangan agensi yang cedera dalam kejadian itu, tetapi kebakaran menyebabkan kerosakan besar di kawasan luar ibu pejabat.
This evening, Israeli residents set fire twice to the perimeter of the UNRWA Headquarters in occupied East Jerusalem. This took place while UNRWA and other UN Agencies staff were on the compound. While there were no casualties among our staff, the fire caused extensive damage pic.twitter.com/ZqHFDNkiWC
— Philippe Lazzarini (@UNLazzarini) May 9, 2024
Beliau menegaskan bahawa "ini adalah perkembangan yang sangat membimbangkan dan nyawa kakitangan PBB berada dalam risiko serius."
Menurut Lazzarini, pelampau Israel mengadakan protes di luar premis agensi PBB itu sejak dua bulan lepas.
Minggu ini, protes itu bertukar ganas apabila penunjuk perasaan membaling batu ke arah kakitangan PBB serta bangunan premis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNRWA
#tutup pejabat
#Baitulmaqdis Timur
#penduduk Israel
#membakar
#Philippe Lazzarini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan