awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usah terkejut nampak kambing biri-biri pakai lampin, ini penjelasannya

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2019
02:22 MYT
Usah terkejut nampak kambing biri-biri pakai lampin, ini penjelasannya
Dengan usaha itu, pengeluaran susu kambing biri-biri dapat ditingkatkan ke tahap maksimum. - Foto Daily Mail
JANGAN terkejut jika anda melihat haiwan memakai lampin pakai buang kerana perkara itu memang berlaku!.
Sekawan kambing biri-biri di Brazil dipakaikan mikrofon dan lampin pakai buang oleh saintis di negara itu.
Memetik laporan Daily Mail, kaedah itu bertujuan mengumpul maklumat mengenai jumlah pengeluaran susu kambing terbabit.
Mikrofon dipasang bagi memastikan ternakan itu menelan rumput yang diragut di kawasan padang.
Sementara lampin pakai buang berfungsi menadah najis dan air kencing haiwan itu.
Kemudian, sisa buangan itu akan ditimbang bagi mendapatkan maklumat mengenai jumlah rumput yang dihadam kambing biri-biri berkenaan.
Menurut kumpulan penyelidik daripada syarikat kajian Agrikultur dan Lanjutan Pedalaman di selatan Brazil, pendekatan itu diharap mampu membantu mereka mengenal pasti ukuran panjang rumput.
Dengan usaha itu, pengeluaran susu kambing biri-biri dapat ditingkatkan ke tahap maksimum.
Haiwan-haiwan tersebut diletakkan di kawasan yang mengandungi rumput hibrid Axonopus Catharinensis.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Kajian Saintis
#Kambing biri-biri pakai lampin
#Saintis Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan