awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden

Bernama
Bernama
26/12/2025
13:55 MYT
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
Shavkat Mirziyoye melahirkan keyakinannya bahawa langkah itu akan memberikan dorongan kuat kepada penyelidikan sains dan teknologi. - Bernama
TASHKENT: Uzbekistan memulakan persiapan untuk melancarkan satelit buatan tempatan pertamanya ke orbit serta menghantar angkasawan pertama negara itu ke angkasa lepas, kata Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi berita penting dengan anda. Buat pertama kalinya dalam sejarah Uzbekistan yang merdeka, kami memulakan usaha untuk melancarkan sebuah satelit dan menghantar angkasawan Uzbekistan pertama, seorang warganegara kita, ke angkasa lepas," kata Mirziyoyev dalam ucapan tahunan beliau kepada Parlimen dan rakyat.
Mirziyoyev melahirkan keyakinannya bahawa langkah itu akan memberikan dorongan kuat kepada penyelidikan sains dan teknologi, sekali gus membawa negara itu "ke tahap pembangunan yang baharu."
Awal Disember lalu, Agensi Penyelidikan dan Teknologi Angkasa negara itu, Uzbekcosmos, memaklumkan yang Uzbekistan dan China sedang bersama-sama membangunkan satelit penderiaan jauh Samarkand-2028 yang dilengkapi modul kecerdasan buatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Uzbekistan
#satelit
#angkasawan
#Sains
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan