awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venezuela, Turkiye bincang pengerahan tentera di Caribbean

Bernama
Bernama
07/12/2025
05:00 MYT
Venezuela, Turkiye bincang pengerahan tentera di Caribbean
Presiden Turkiye "menyatakan kebimbangan terhadap ancaman yang dihadapi Venezuela sejak kebelakangan ini, khususnya pengerahan tentera dan pelbagai tindakan yang bertujuan menggugat keamanan dan keselamatan di Caribbean. - Gambar fail/ Reuters
CARACAS: Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan rakan sejawatnya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengadakan perbincangan melalui telefon pada Sabtu mengenai geopolitik global dan pengerahan tentera di Caribbean, lapor Xinhua.
Dalam perbualan itu, Presiden Turkiye "menyatakan kebimbangan mendalam terhadap ancaman yang dihadapi Venezuela sejak kebelakangan ini, khususnya pengerahan tentera dan pelbagai tindakan yang bertujuan menggugat keamanan dan keselamatan di Caribbean," menurut Menteri Luar Venezuela Yvan Gil dalam satu kenyataan.
Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai geopolitik global dan perkembangan antarabangsa terkini yang menjejaskan kestabilan serta masa depan manusia, menurut kenyataan itu.
Maduro menyifatkan tindakan ketenteraan di Caribbean sebagai tindakan pencerobohan yang "tidak sah, tidak seimbang, tidak perlu dan bahkan keterlaluan," sambil menambah bahawa Venezuela akan terus berusaha untuk keamanan.
Mengenai kerjasama dua hala, Maduro berkata Venezuela bersedia memajukan kerjasama dengan Ankara untuk mencapai sasaran perdagangan berjumlah US$3 bilion.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak turut bersetuju mengenai kepentingan memulihkan perkhidmatan udara terus antara Caracas dan Istanbul bagi memudahkan perjalanan "ribuan pelancong dan pelabur."
Maduro turut menjemput Erdogan melawat Venezuela pada 2026 untuk menghadiri mesyuarat Kelima Suruhanjaya Kerjasama Bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkiye
#Venezuela
#Caribbean
#tentera AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan