awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam perketat langkah keselamatan hadapi Taufan Kalmaegi

Bernama
Bernama
05/11/2025
09:39 MYT
Vietnam perketat langkah keselamatan hadapi Taufan Kalmaegi
Langkah pemindahan penduduk dari kawasan berisiko tinggi mesti diselesaikan sebelum 7 malam waktu tempatan pada Khamis. - AP
HANOI: Timbalan Perdana Menteri Vietnam Tran Hong Ha pada Rabu mengeluarkan arahan melarang semua kapal berlayar ke laut ketika kawasan tengah dan selatan negara itu bersiap siaga menghadapi ancaman Taufan Kalmaegi, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan Tuoi Tre.
Ketika mempengerusikan mesyuarat mengenai tindak balas bencana, beliau menegaskan bahawa tiada penduduk dibenarkan berada di laut selepas 5 petang waktu tempatan pada Khamis.
Tran berkata pemindahan penduduk dari kawasan berisiko tinggi mesti diselesaikan sebelum 7 malam waktu tempatan pada Khamis, di kawasan pesisir yang terjejas akibat air pasang besar, serta di kawasan pergunungan yang berisiko terputus hubungan dan terdedah kepada tanah runtuh.
Taufan itu dijangka membadai kawasan berkenaan dari 7 malam waktu tempatan pada Khamis hingga kira-kira 4 pagi Jumaat.
Beliau menggesa pihak berkuasa tempatan supaya segera mengemas kini pelan kesiapsiagaan dan melaksanakan pelan tindak balas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persiapan bencana
#Taufan Kalmaegi
#Vietnam
#pemindahan penduduk
#pengurusan bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan