awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
Sembilan anggota polis dihukum mati di India berhubung kematian tahanan semasa COVID-19
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir

Bernama
Bernama
27/10/2024
03:30 MYT
Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir
Isyarat penukaran automatik jam di Jerman dihantar oleh Institut Fizik dan Metrologi Persekutuan (PTB) di bandar Braunschweig, utara Jerman. - Gambar/ Reuters
BRAUNSCHWEIG: Waktu penjimatan siang (daylight saving time) dijadualkan berakhir di Eropah pada awal pagi Ahad ini.
Jam akan dilambatkan dari 3 pagi kepada 2 pagi, dengan waktu biasa atau dikenali sebagai waktu musim sejuk akan berkuat kuasa semula sehingga 30 Mac 2025, lapor agensi berita Jerman dpa.
Tujuan perubahan adalah untuk memanfaatkan cahaya siang dengan lebih baik pada hari-hari yang lebih pendek sepanjang musim sejuk di hemisfera utara.
Isyarat penukaran automatik jam di Jerman dihantar oleh Institut Fizik dan Metrologi Persekutuan (PTB) di bandar Braunschweig, utara Jerman.
Pakar di institut itu memastikan jam kawalan radio, jam stesen, dan banyak jam industri menerima isyarat melalui pemancar gelombang panjang yang dikenali sebagai DCF77 di Mainflingen berhampiran Frankfurt.
"Semua sepatutnya berjalan seperti biasa, kami sudah bersedia sepenuhnya," kata Dirk Piester, ketua kumpulan pelaksana pihak berkuasa Lower Saxony, kepada dpa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daylight saving time
#waktu eropah
#musim panas
#musim sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan