awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita berpakaian rahib ditahan cubaan seludup dadah

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2013
07:47 MYT
Wanita berpakaian rahib ditahan cubaan seludup dadah
Tiga wanita berpakaian seperti rahib di tahan polis Colombia selepas didapati cuba menyeludup enam kilogram kokain bernilai jutaan ringgit.
Wanita berkenaan di tahan di Pulau Carribean selepas pesawat mereka mendarat dari Bogota.
Menurut Ketua Polis San Andres, ketiga-tiga wanita berkenaan kelihatan ketakutan ketika di tahan.
Gerak geri mereka juga mencurigakan, apatah lagi kain baju rahib mereka didapati tidak sesuai untuk pakaian berkenaan.
Polis menemui dua kilogram dadah yang dibalut rapi di kedua-dua kaki wanita berkenaan.
Menurut polis lagi, wanita berkenaan yang terkejut ketika ditangkap, kemudiannya menangis dan memberi alasan masalah kewangan mendorong mereka melakukan jenayah itu.
Ketiga-tiga suspek berkenaan kemudian dibawa ke jel sebelum didakwa atas tuduhan menyeludup dadah.
San Andres yang terletak di sepanjang pinggir pantai Nicaragua merupakan laluan penyeludupan dadah paling popular dari tanah besar Colombia.
Topic Berkaitan
#Colombia
#Dadah
#ditahan
#kokain
#rahib
#seludup
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan