awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dirogol, dipenggal hanya kerana hidang cebisan ikan

Amirul Awaludin
Amirul Awaludin
12/10/2017
02:13 MYT
Wanita dirogol, dipenggal hanya kerana hidang cebisan ikan
Wanita itu dibogel dan dimalukan di khalayak umum di tengah bandar Luebo sebelum dibunuh.
SEORANG wanita di Republik Demokratik Kongo dirogol, dirotan dan dipenggal kepala secara terbuka oleh kumpulan pemberontak kerana dituduh melanggar pantang larang ketika perang.
Lebih mengaibkan, dia juga dipaksa melakukan sumbang mahram bersama anak tirinya yang berusia kira-kira 20 tahun di khalayak ramai sebelum kedua-dua mereka dibunuh, lapor portal Daily Mail.
Darah wanita itu juga diminum beberapa anggota puak pemberontak selain kepalanya diarak di keliling bandar.
Wanita itu diperlakukan sedemikan setelah didakwa menghidangkan sajian terlarang yang mengandungi cebisan isi ikan di restorannya kepada kumpulan pemberontak Kamuina Nsapu di bandar Luebo.
Kumpulan itu mempunyai kepercayaan karut di mana mereka dilarang makan daging, ikan, daun ubi kayu, anggur, minyak masak dan bunga raya ketika perang.
Selain itu, mereka juga dilarang mandi dan bersetubuh.
Video berdurasi hampir lapan minit yang tersebar dengan jelas memaparkan bagaimana mangsa dirogol dan dibunuh.
Mayat kedua-dua mangsa dibiarkan di tempat kejadian selama dua hari sebelum ditanam di lokasi sama.
Topic Berkaitan
#Kalamba Kambangoma
#Kamuina Nsapu
#Luebo
#penggal kepala
#Republik Demokratik Kongo
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan