awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita parah ditikam di tempat letak kereta

Faida Rahim
Faida Rahim
29/09/2022
03:00 MYT
Wanita parah ditikam di tempat letak kereta
Difahamkan, mangsa dijatuhkan dahulu sebelum ditikam beberapa kali oleh suspek. -Gambar hiasan/Pixabay
GOLD COAST: Seorang wanita berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam beberapa kali di kawasan letak kereta Tweed Heads, pada Rabu.
Memetik laporan 9News, kejadian tercetus selepas berlaku pertengkaran di antara mangsa dan seorang lagi wanita.
Mangsa berusia 48 tahun itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Gold Coast selepas ditikam suspek berusia 37 tahun yang tidak berpuas hati dengannya.
Difahamkan, mangsa dijatuhkan dahulu sebelum ditikam beberapa kali oleh suspek.
Pihak berkuasa turut menahan seorang lelaki berusia 48 tahun di Seymour Unit atas dakwaan bersubahat dalam kes itu.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian memberi pertolongan cemas kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital.
Mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan.
Polis menjumpai sebilah pisau berhampiran lokasi kejadian dan suspek kini ditahan di Balai Polis Tweed Heads untuk siasatan.
Punca pergaduhan masih disiasat.
Topic Berkaitan
#wanita ditikam
#tempat letak kereta
#Hospital Universiti Gold Coast
#Tweed Heads
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan