awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita tembak teman lelaki kerana enggan berdebat

Agensi
Agensi
20/07/2020
01:38 MYT
Wanita tembak teman lelaki kerana enggan berdebat
Jenalisha Lawrence didakwa menembak teman lelakinya setelah mangsa enggan berdebat dengannya. -Gambar hiasan/pixabay
Seorang wanita diburu polis selepas menembak kekasihnya awal pagi Sabtu di Amerika Syarikat (AS).
Wanita yang berasal dari Shreveport, Lousiana itu melarikan diri menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna hijau selepas menembak kekasihnya yang berusia 34 tahun.
Memetik laporan nzherald, Jenalisha Lawrence, 29, dikatakan bertindak demikian selepas kekasihnya enggan berdebat.
Polis Shreveport dalam kenyataan berkata pihaknya dikerah ke lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi selepas menerima laporan terdapat kejadian tembakan.
"Selepas mendapatkan keterangan daripada saksi, polis mendapati Jenalisha menembak lelaki itu kerana mangsa enggan berdebat dengannya.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah dan mengancam nyawa telah dibawa ke hospital," kata kenyataan itu.
Polis ketika ini sedang mengesan wanita tersebut, namun mengalami kesukaran kerana suspek memiliki dua alamat di Shreveport.
"Polis percaya wanita itu merentasi negeri ke Texas dan kami sedang berusaha mengesan kedudukannya," katanya.
Topic Berkaitan
#enggan berdebat
#Jenalisha Lawrence
#Kekasih
#Shreveport Lousiana
#tembak teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan