awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2022
03:20 MYT
Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Pegawai Yellowstone menasihati orang ramai supaya berdiri sekurang-kurangnya 20 meter daripada haiwan tersebut . - Gambar hiasan
SEORANG warga emas cedera selepas dirodok seekor bison jantan di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat.
Menurut pegawai di taman tersebut, kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.
Dalam perjalanan mereka terlihat haiwan tersebut dan mendekatinya sebelum bison jantan berkenaan menyerang mangsa.
Mangsa dikejarkan ke Hospital West Park dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Awal minggu ini seorang lelaki berusia 34 tahun cedera selepas diserang seekor bison jantan berdekatan Giant Geyser di Yellowstone.
Pada 30 Mei lepas seorang wanita berusia 25 tahun dirodok seekor bison jantan semasa menghampirinya di Black Sand Basin.
Pegawai Yellowstone menasihati orang ramai supaya berdiri sekurang-kurangnya 20 meter daripada haiwan tersebut dan haiwan besar lain yang terdapat di taman itu.
"Walaupun bison ini secara amnya tidak ganas terhadap manusia, bison jantan boleh menjadi agresif ketika musim mengawan iaitu pada bulan Julai dan Ogos," kata Pengurus Program Bison, Dennis Jorgensen memetik laporan ABC News.
Topic Berkaitan
#bison jantan
#warga emas
#cedera
#dirodok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan