awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga India diminta berwaspada di Niger selepas dua terbunuh dalam serangan

Bernama
Bernama
19/07/2025
21:00 MYT
Warga India diminta berwaspada di Niger selepas dua terbunuh dalam serangan
Semua warga India di Niger dinasihatkan supaya terus berwaspada. - Google Map
NEW DELHI: Warga India di Niger, sebuah negara yang terletak di pedalaman Afrika Barat diminta untuk terus berwaspada selepas dua rakyat India terbunuh dan seorang lagi diculik dalam satu kejadian serangan.
Kedutaan India di Niamey pada Jumaat menyifatkan, insiden yang berlaku pada 15 Julai di wilayah Dosso itu sebagai "serangan pengganas kejam."
Menurut laporan, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang unit tentera yang mengawal sebuah tapak pembinaan tempat warga India itu bekerja.
Misi India berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengurus penghantaran pulang jenazah mangsa dan memastikan pembebasan mangsa culik dengan selamat.
"Semua warga India di Niger dinasihatkan supaya terus berwaspada," katanya.
Awal bulan ini, tiga warga India yang bekerja di sebuah kilang simen turut diculik di Mali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan
#Niger
#warga india
#mangsa korban
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan