awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan Al-Jazeera dapat pengampunan Presiden Mesir dibebaskan

AFP
AFP
23/09/2015
15:56 MYT
Wartawan Al-Jazeera dapat pengampunan Presiden Mesir dibebaskan
Wartawan-wartawan tersebut dibebaskan oleh pihak berkuasa di Maadi, sebuah penempatan mewah di Kaherah yang terletak tidak jauh dari penjara. - Gambar AFP
Dua orang wartawan Al-Jazeera diberi pengampunan Presiden Mesir dibebaskan pada Rabu dan kini menunggu saat untuk bertemu semula dengan keluarga masing-masing, lapor AFP.
“Saya berasa sangat teruja kerana tidak perlu risau tentang peguam, pegawai polis mengekori saya ke mana-mana dan apa yang lebih menggembirakan ialah saya dapat kembali semula ke pangsapuri untuk bersama-sama dengan isteri tercinta,” kata wartawan dari Kanada, Mohamed Fahmy dan rakan sekerjanya, Baher Mohamed sejurus selepas mereka dbebaskan dari penjara.
Wartawan-wartawan tersebut dibebaskan oleh pihak berkuasa di Maadi, sebuah penempatan mewah di Kaherah yang terletak tidak jauh dari penjara.
“Kami sangat gembira. Kami hanya terkejut dengan apa yang telah berlaku,” kata Mohamed, yang ditemui masih memakai pakaian seragam penjara ketika menunggu ahli keluarga mereka tiba.
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi memberi pengampunan kepada Fahmy dan Baher bersama-sama dengan 100 orang banduan pada Rabu, selepas kerajaannya menerima kecaman hebat kerana memenjarakan pihak pembangkang.
Pengampunan itu turut dikenakan ke atas aktivis wanita Sana Seif dan Yara Sallam, menurut jurucakap pejabat Presiden, sebagai satu langkah sebelum umat Islam di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha.
Fahmy dan Baher dipenjarakan selepas didapati memalsukan laporan dalam usaha mereka memberi sokongan terhadap gerakan ‘Muslim Brotherhood’ yang diambil alih kuasa oleh tentera pada tahun 2013.
Topic Berkaitan
#Abdel Fattah al-Sisi
#AL-Jazeera
#Baher Mohamed
#Mohamed Fahmy
#Sana Seif
#Yara Sallam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan