awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan Slovakia dan teman wanita ditembak mati

Agensi
Agensi
26/02/2018
22:37 MYT
Wartawan Slovakia dan teman wanita ditembak mati
Wartawan itu ditembak di dada manakala teman wanitanya ditembak di kepala. Gambar hiasan
Seorang wartawan siasatan di Slovakia dan teman wanitanya ditembak mati di rumah mereka dalam satu serangan yang mungkin mempunyai kaitan dengan laporan beritanya yang memberi fokus kepada kes pengelakan cukai.
Menurut pegawai polis Slovakia, mayat Jan Kuciak, 27 tahun, dan teman wanitanya ditemui pada petang Ahad di rumah mereka di Velka Maca.
Polis bergegas ke rumah itu selepas menerima maklumat dari seorang ahli keluarga yang bimbang.
Ketua polis Slovakia, Tibor Gaspar, hanya memberitahu media, pembunuhan tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti penyiasatan Kuciak dan enggan mengulas lanjut.
Gaspar turut berkata, wartawan itu ditembak di dada manakala teman wanitanya ditembak di kepala.
Kuciak bertugas dengan Aktuality.sk, sebuah laman web berita.
Dalam artikel terbarunya, dia melaporkan, seorang peniaga menjual rumah flat miliknya kepada syarikatnya sendiri.
Wartawan itu menyoal alasan di sebalik tindakan itu dan membuat spekulasi bahawa ia mungkin merupakan langkah mengelakkan cukai.
Kuciak pernah membuat laporan polis tahun lepas selepas seorang peniaga, dikenali sebagai Marian Kocner, mengancamnya.
Kuciak kemudiannya melaporkan bahawa polis gagal mengambil tindakan dalam kes itu.
Topic Berkaitan
#Aktuality sk
#Jan Kuciak
#Marian Kocner
#mati
#mayat
#polis
#serangan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan