awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO perlu dana AS$30 bilion percepat usaha kekang COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2020
22:24 MYT
WHO perlu dana AS$30 bilion percepat usaha kekang COVID-19
DR TEDROS: Semua orang perlu ada akses kepada alat bagi mencegah, mengesan dan merawat, dan bukan hanya kepada mereka yang tidak mampu. -Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memerlukan dana berjumlah AS$30 bilion (kira-kira RM130 juta) bagi mempercepat usaha mengekang penularan COVID-19.
Ini meliputi usaha pembangunan dan penghasilan kit ujian saringan, vaksin dan rawatan pesakit.
April lalu, WHO melancarkan inisiatif Act Accelerator bagi menyasar pengumpulan dana antarabangsa untuk menangani pandemik COVID-19.
Sehingga kini, sejumlah AS$3.4 bilion berjaya dikumpulkan.
Badan dunia itu memerlukan tambahan AS$27 juta lagi bagi tempoh 12 bulan.
"Adalah jelas untuk mengawal COVID-19 dan menyelamatkan nyawa, kita memerlukan vaksin yang berkesan, ujian diagnostik dan terapeutik dalam jumlah yang banyak dan cepat.
"Adalah jelas kerana semua individu terdedah kepada risiko COVID-19, semua orang perlu ada akses kepada alat bagi mencegah, mengesan dan merawat, dan bukan hanya kepada mereka yang tidak mampu," kata Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum WHO mengadakan persidangan dengan Kesatuan Eropah (EU).
Sidang diharap dapat meraih sokongan dan dana bagi tujuan sama.
WHO berpendapat lebih cepat usaha dilaksanakan bagi menghentikan penularan COVID-19, lebih cepat sektor ekonomi kembali normal.
Topic Berkaitan
#EU
#Kesatuan Eropah
#koronavirus
#pandemik
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#ujian saringan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan