awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WTO: Pertumbuhan perdagangan dunia dijangka perlahan pada 2023

Bernama
Bernama
07/10/2022
01:04 MYT
WTO: Pertumbuhan perdagangan dunia dijangka perlahan pada 2023
Ngozi Okonjo-Iweala bercakap pada satu sidang media di ibu pejabat WTO di Geneva, Switzerland, 5 Okt 2022. (Foto AP)
GENEVA: Perdagangan dunia dijangkakan hilang momentum pada separuh kedua 2022 dan kekal lemah pada 2023 ketika pelbagai kejutan membebani ekonomi global, lapor Xinhua memetik Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Rabu.
Ahli ekonomi WTO dalam kenyataan itu menyebut bahawa jumlah dagangan barangan global akan berkembang sebanyak 3.5 peratus pada 2022 -- lebih baik sedikit daripada unjuran 3.0 peratus pada April.
Namun, untuk 2023 mereka mengunjurkan peningkatan 1.0 peratus turun mendadak daripada anggaran sebelumnya sebanyak 3.4 peratus.
WTO dalam unjuran baharunya menganggarkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia pada kadar pertukaran pasaran akan berkembang 2.8 peratus pada 2022 dan 2.3 peratus pada 2023 - dengan unjuran untuk 2023 adalah 1.0 mata peratusan lebih rendah daripada jangkaan sebelumnya.
Dalam unjuran April, ahli ekonomi WTO bergantung kepada simulasi untuk menjana unjuran pertumbuhan yang munasabah memandangkan konflik Ukraine baru sahaja bermula dan kesannya masih tidak diketahui.
Bagaimanapun, ahli ekonomi WTO pada Rabu berkata anggaran April 2023 kini dilihat lebih optimistik.
Sejak itu, harga tenaga telah meningkat mendadak, inflasi menjadi lebih meluas dan konflik terbabit masih tidak menunjukkan tanda untuk berakhir.
Pakar ekonomi menjelaskan bahawa permintaan import dijangka berkurangan berikutan pertumbuhan perlahan dalam ekonomi utama atas pelbagai sebab.
Harga tenaga yang tinggi berpunca daripada konflik Rusia-Ukraine akan mengetatkan perbelanjaan isi rumah dan meningkatkan kos pembuatan di Eropah manakala pengetatan dasar monetari akan menjejaskan perbelanjaan yang sensitif kepada kadar faedah dalam bidang seperti perumahan, kenderaan bermotor dan pelaburan tetap di Amerika Syarikat.
Bil import bahan api, makanan dan baja yang semakin meningkat boleh menyebabkan ketakjaminan makanan selain masalah bebanan hutang di negara membangun.
"Penggubal dasar berhadapan dengan tidak banyak pilihan kerana mereka perlu mencari keseimbangan optimum antara menangani inflasi, mengekalkan guna tenaga penuh dan memajukan matlamat dasar penting seperti peralihan kepada tenaga bersih.
"Perdagangan adalah alat penting untuk meningkatkan bekalan global bagi barangan dan perkhidmatan, serta untuk mengurangkan kos mendapatkan pelepasan karbon bersih-sifar," kata Ketua Pengarah WTO Ngozi Okonjo-Iweala.
Beliau berkata walaupun sekatan perdagangan mungkin merupakan tindak balas terbaik untuk menangani kekurangan bekalan yang terdedah oleh kejutan sejak dua tahun lepas, pemberhentian rantaian bekalan global hanya akan meningkatkan tekanan inflasi yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi lebih perlahan dan menjejasakan taraf hidup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WTO
#konflik Rusia-Ukraine
#KDNK
#Ngozi Okonjo-Iweala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan