awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yaman lantik Menteri Kewangan sebagai Perdana Menteri baharu

Bernama
Bernama
04/05/2025
04:25 MYT
Yaman lantik Menteri Kewangan sebagai Perdana Menteri baharu
Yaman terjerumus dalam konflik sejak 2014 apabila kumpulan Houthi menawan ibu negara Sanaa, memaksa kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa memindahkan operasinya ke Aden. - Gambar fail/AP
ADEN (Yaman): Majlis Kepimpinan Presiden (PLC) Yaman pada Sabtu melantik Menteri Kewangan, Salem Saleh Braik sebagai perdana menteri baharu negara itu susulan peletakan jawatan Ahmed Awad Mubarak, lapor Xinhua.
Menurut agensi berita rasmi Saba, keputusan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Ahmed Awad meletak jawatan dengan alasan kekangan perlembagaan dan halangan yang menghalang usaha reformasinya.
Salem Saleh memegang jawatan Menteri Kewangan sejak 2019 dan sebelum itu berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam sektor kewangan dan pentadbiran sepanjang kerjayanya.
Kenyataan rasmi turut memaklumkan bahawa semua menteri sedia ada akan kekal dalam portfolio masing-masing, manakala Ahmed Awad akan dilantik sebagai penasihat kepada Presiden PLC.
Dalam kenyataan peletakan jawatannya, Ahmed Awad menyatakan beliau menghadapi "pelbagai kesukaran", termasuk ketidakupayaan untuk merombak kerajaan dan melaksanakan reformasi penting akibat kekangan kuasa perlembagaan.
Ahmed Awad, yang mula memegang jawatan pada Februari 2024, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar dan Duta Yaman ke Amerika Syarikat.
Yaman terjerumus dalam konflik sejak 2014 apabila kumpulan Houthi menawan ibu negara Sanaa, memaksa kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa memindahkan operasinya ke Aden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Yaman
#Ahmed Awad Mubarak
#Salem Saleh Braik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami