awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adele menyamar, sertai uji bakat pencarian 'Adele Impersonator'

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
22/11/2015
03:01 MYT
Adele menyamar, sertai uji bakat pencarian 'Adele Impersonator'
Penyanyi kelahiran Britain itu menyamar sebagai 'Adele' untuk mengambil bahagian dalam sesi carian 'Adele Impersonator' yang dianjurkan oleh BBC Graham Norton.
Hakikatnya, demam Adele masih belum berakhir.
Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Britain itu dilapor menyamar sebagai dirinya sendiri untuk mengambil bahagian dalam uji bakat mencari 'Adele impersonator' yang dianjurkan oleh BBC Graham Norton.
'Adele impersonator' ialah pertandingan mencari bakat baru yang mampu menyerupai gaya serta cara nyanyian Adele.
Beberapa peserta tiba untuk mengambil bahagian dalam uji bakat tersebut, dan apa yang mengejutkan ialah Adele sendiri tampil sebagai ‘Jenny’ untuk mengambil bahagian.
Menurut BBC, Adele tampil dengan transformasi wajah -- dagu dan hidung palsu untuk memastikan dia tidak dikenali oleh peserta lain.
Dia kemudian pergi ke pentas belakang bersama ‘impersonator’ yang lain untuk menyanyi lagu Bob Dylan "Make You Feel My Love," yang merupakan lagu hit bagi Adele pada tahun 2008.
Berlakon sebagai seorang peserta yang gementar, Adele kemudian mengejutkan semua peserta yang berada disitu selepas dia memulakan persembahannya di pentas.
Ragu-ragu dengan suara ‘Jenny’ yang menyerupai suara Adele, peserta yang lain mula teruja selepas mengetahui bahawa ia adalah Adele dan bukannya Jenny.
Penyanyi antarabangsa itu melancarkan album ketiganya, 25 di pasaran semalam.
Topic Berkaitan
#Adele
#album 25
#bbc
#impersonator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan