awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adi Putra terharu, 'Air Force the Movie' catat RM13 juta kutipan dalam 7 hari

Gempak
Gempak
02/09/2022
02:30 MYT
Adi Putra terharu, 'Air Force the Movie' catat RM13 juta kutipan dalam 7 hari
Adi yang membawakan watak Mejar Adnan berkongsi berita gembira itu dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam. -Gempak
PELAKON Datuk Adi Putra terharu dengan sokongan yang diberikan penonton terhadap filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
Adi yang membawakan watak Mejar Adnan berkongsi berita gembira itu dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
“Allahuakbar, you guys memang mantap! Terima kasih,” tulisnya.
Tidak hanya Adi Putra, dua lagi pelakon utama "Air Force the Movie" iaitu Aiman Hakim dan Nas-T juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menonton filem berkenaan.
“Terima kasih Malaysia! Teruskan menyokong filem tempatan! Sokongan anda akan memberi impak yang positif untuk industri kita pada masa akan datang!” tulis Aiman
“Sebab anda semualah filem 'Air Force the Movie' mendapat kutipan sebanyak ini dalam masa 7 hari! Terima kasih guys! Alhamdulillah,” coret Nas-T.
Sebelum ini, "Air Force the Movie" berjaya merekodkan kutipan RM8 juta dalam tempoh empat hari tayangan.
"Air Force the Movie: Selagi Bernyawa" dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
"Air Force the Movie: Selagi Bernyawa" juga menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Jadi kepada yang belum menonton, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan pertempuran hebat "Air Force the Movie: Selagi Bernyawa" di pawagam sekarang. -Gempak
View this post on Instagram
A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)
Topic Berkaitan
#Air Force The Movie
#Adi Putra
#Aiman Hakim
#kutipan RM13 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan