awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akan 'ditembak' pada konsert September ini, Jimin BTS terima ugutan bunuh

Gempak
Gempak
16/05/2018
07:45 MYT
Akan 'ditembak' pada konsert September ini, Jimin BTS terima ugutan bunuh
Pihak pengurusan kumpulan BTS, BigHit Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu bahawa mereka tidak memandang remeh perkara tersebut dan berjanji akan meningkatkan kawalan keselamatan semasa konsert itu dijalankan nanti. - Foto Astro GEMPAK
GEMPAR di media sosial apabila anggota kumpulan BTS, Jimin dilaporkan menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali.
Menurut laporan Soompi, Jimin akan ditembak pada konsert yang akan berlangsung di Fort Worth, Texas pada 16 September ini.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai ancaman yang diterima dan akan mengambil tindakan sewajarnya pada pihak memuat naik status tersebut di media sosial.
"Pihak kami menerima laporan dan tahu ada ancaman yang diberikan kepada anggota BTS pada konsert mereka yang akan diadakan pada bulan september ini.
"Kami pihak polis telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam proses siasatan untuk mencari pihak yang memberi ugutan tersebut," kata pihak polis Fort Worth.
Pihak pengurusan kumpulan BTS, BigHit Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu bahawa mereka tidak memandang remeh perkara tersebut dan berjanji akan meningkatkan kawalan keselamatan semasa konsert itu dijalankan nanti.
"Kami akan melakukan yang terbaik dan mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan BTS serta para peminat.
"Sebelum ini kami juga ada menerima ugutan namun perkara itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus melakukan persiapan menjayakan konsert seperti yang dirancang," katanya.
BTS dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.
Topic Berkaitan
#BigHit Entertainment
#bunuh
#hiburan
#Jimin BTS
#K-pop
#kertas siasatan
#keselamatan
#media sosial
#siasatan
#Soompi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan