awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhiri zaman duda, Esma Daniel selamat bernikah

Gempak
Gempak
21/05/2023
04:53 MYT
Akhiri zaman duda, Esma Daniel selamat bernikah
Dalam majlis tersebut juga, Esma menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan. - Gempak
DENGAN sekali lafaz, pelakon drama siri Andai Itu Takdirnya iaitu Esma Daniel menamatkan zaman duda selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Atira Mazlan di Kajang pada Sabtu.
Menerusi laporan Kosmo!, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mazlan Abdul Malik dan Esma menyerahkan sebentuk cincin emas berlian dan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Atira.
Menurut Esma, mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 14 Januari lalu dan mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan.
“Sebenarnya kami sudah bertunang pada 14 Januari lalu dan sepatutnya ‘ikat’ selama setahun sebelum nikah namun rasanya elok disegerakan apabila keluarga sudah restu.
“Alhamdulillah saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Walaupun sudah ada pengalaman sebelum ini tetapi tetap rasa gementar ketika hendak bernikah.
“Hari ini majlis pihak perempuan manakala belah lelaki pula akan diadakan selepas anak lelaki saya berkawin pada bulan Ogos depan,” katanya.
Dalam majlis tersebut juga, Esma menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Berkongsi detik perkenalan dengan isteri, hatinya mula terbuka untuk kembali bergelar suami selepas merasakan Atira merupakan wanita yang sesuai buat dirinya.
“Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan dan untuk berkahwin semula itu bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya.
“Pastinya kali ini saya berdoa hubungan kami berakhir hingga ke syurga. Dia pun memahami kerjaya saya sebagai pelakon, insya-Allah doakan kami,” ujarnya.
Untuk rekod, Esma pernah berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis pada 1992 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 1997.
Aktor itu kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 namun disahkan bercerai pada 2016 dan hasil perkahwinan itu, Esma dan Nitra dikurniakan enam orang cahaya mata.
Sumber - KOSMO! ONLINE Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Esma Daniel
#bernikah
#zaman duda
#Nur Atira Mazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan