awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa perasaan anda peluk Tiz Zaqyah? - netizen serang IG Roberto Carlos

Gempak
Gempak
26/03/2018
23:13 MYT
Apa perasaan anda peluk Tiz Zaqyah? - netizen serang IG Roberto Carlos
Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan Roberto dan Tiz yang berpelukan dan menganggap perbuatan itu tidak sopan serta keterlaluan.
GARA-GARA memeluk pelakon Tiz Zaqyah, bekas pemain bola sepak Brazil, Roberto Carlos diserang netizen.
Pelbagai kata-kata negatif dan kurang sopan diberikan oleh netizen menerusi entri terbaru yang dimuat naik Roberto di akaun Instagram (IG)nya pada Ahad.
Walaupun entri itu tiada kaitan dengan foto peluk tersebut, namun netizen tetap meluahkan rasa tidak puas hati menerusi ruangan komen terhadap foto yang dimuat naik oleh Tiz pada Ahad.
Bagaimanapun disebabkan ruangan komen foto berpelukan yang dimuat naik oleh Tiz itu telah ditutup menyebabkan netizen beralih untuk ‘menyerang’ IG bekas pemain bola sepak berkenaan.
Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan Roberto dan Tiz yang berpelukan dan menganggap perbuatan itu tidak sopan serta keterlaluan.
Dalam pada itu, Tiz juga memuat naik foto terbaru seolah-olah memerli tindakan netizen.
Namun netizen membidas kembali kenyataan pada foto tersebut dengan mengatakan mereka tidaklah mudah untuk dipermainkan sehingga tidak dapat membezakan sama ada foto itu telah disunting atau pun tidak.
Foto: Instagram @tiz.zaqyah / @officialrc3
Topic Berkaitan
#Instagram
#peluk
#roberto carlos
#Tiz Zaqyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan