awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balu penyanyi Linkin Park, Chester Bennington kahwini anggota bomba

Agensi
Agensi
07/01/2020
04:11 MYT
Balu penyanyi Linkin Park, Chester Bennington kahwini anggota bomba
Talinda dan Chester berkahwin selama 12 tahun dan memiliki tiga orang anak. - REUTERS/Steve Marcus
BALU vokalis Linkin Park, Chester Bennington, Talinda Bennington, mengahwini anggota bomba, Michael Fredman, pada 4 Januari lalu.
Berita gembira itu diumumkan Talinda menerusi akaun Twitternya pada Isnin.
Talinda bagaimanapun kecewa apabila media tabloid melaporkan dia mengahwini Fredman pada tarikh yang sama dia mengahwini Chester, iaitu 1 Januari.
"1 Januari akan kekal sebagai hari dimana saya mengahwini Chester. Saya tiadak akan sentuh tarikh itu.
"Tabloid yang melaporkan berita itu, menghasut orang ramai agar memarahi saya, untuk apa? Anda patut malu," tulis Talinda.
Talinda dan Chester berkahwin selama 12 tahun dan memiliki tiga orang anak.
Chester ditemui mati akibat bunuh diri pada Julai 2017 di rumah mereka di Los Angeles ketika isteri dan anak-anaknya tiada di rumah, selepas bertahun-tahun bertarung dengan masalah depresi, ketagihan alkohol dan dadah.
Semenjak kematian Chester, Talinda aktif dalam aktif dalam aktiviti meningkatkan kesedaran berkenaan kesihatan mental termasuk menubuhkan dana kebajikan '320 Changes Direction', yang memberi tumpuan terhadap menukar persepsi dan pemikiran masyarakat berhubung kesihatan mental.
"Keluarga dan saudara-saudara saya dalam Linkin Park menerima kehadiran suami baru saya dengan baik. Saya tetap mengingati Chester dan akan meneruskan misi saya untuk memastikan kematiannya tidak sia-sia," katanya.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Chester Bennington
#Dadah
#kahwin
#kesihatan
#Linkin Park
#Talinda Bennington
#vokalis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan