awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belasah pengkid: Pelakon Lydiawati beri penjelasan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/03/2016
10:17 MYT
Belasah pengkid: Pelakon Lydiawati beri penjelasan
Lydiawati akui terpaksa bertindak sedemikian kerana sudah hilang sabar. -Foto Facebook Lyd Saimon
PELAKON Lydiawati menjelaskan dia punya sebab tersendiri apabila bertindak membelasah seorang yang didakwa pengkid, seperti yang dilihat dalam dua video yang dikongsi ke akaun Facebook.
Dalam status yang dimuat naik bersama video itu, Lydiawati berkata dia berbuat demikian kerana individu berkenaan sering mengganggu ketenteraman hidupnya, malah memberi tekanan emosi buat dia dan keluarga.
Tidak membuat penjelasan terperinci tentang apa yang dilakukan individu tersebut, Lydiawati menambah apa yang dilakukan membuatkan dia trauma dan berasa tidak selamat, walaupun di rumah sendiri.
Lydiawati juga memberitahu, dia terbuka menerima apa sahaja kritikan orang ramai atas tindakannya itu, dan berharap ia menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang mempunyai niat yang tidak baik.
Dalam dua video berdurasi 1 minit 30 saat yang dimuat naik ke Facebook itu, Lydiawati yang menempa populariti sekitar era 80an dan 90an, dilihat naik berang dengan memukul dan menendang pengkid tersebut.
Assalamualaikum teman2 dan sahabat2 ku .. seblom saya meneruskan kata2 saya ini saya ingin memohon ampun dan maaf dgn...
Posted by Lyd Saimon on
Pelakon "Darah Satria" itu juga memberitahu telah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.
Semalam, akhbar Malay Mail Online melaporkan berita Lydiawati yang berasa terganggu apabila sering menerima mesej dan panggilan lucah daripada seorang pengkid.
Topic Berkaitan
#filem Darah Satria
#Lydiawati
#pelakon 80an
#video belasah pengkid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan