awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Billie Eilish sanggup henti konsert, bantu penonton sesak nafas

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2022
05:13 MYT
Billie Eilish sanggup henti konsert, bantu penonton sesak nafas
Billie Eilish menghentikan seketika konsertnya bagi membantu seorang wanita yang juga peminat yang mengalami sesak nafas. -Gambar fail/Instagram @billieeilish
PENYANYI pop terkenal Billie Eilish menghentikan seketika konsertnya di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu malam bagi membantu seorang wanita yang juga peminatnya yang mengalami sesak nafas.
Ketika berada di atas pentas, pemenang Anugerah Grammy itu dilihat bertanya kepada peminat terbabit.
“Awak perlukan alat sedut?” kata penyanyi berusia 20 tahun itu kepada peminatnya itu dalam klip video yang kini tular di media sosial.
Eilish yang sedang dalam jerayawara “Happier Than Ever” itu kemudian bertanya jika kru konsert ada menyimpan alat sedut di dalam bilik persalinan.
Dia turut meminta pengawal keselamatan yang berada berhampiran untuk mencari alat sedut (inhaler) bagi membantu gadis tersebut.
Difahamkan gadis itu berjaya mendapatkan alat sedut dan kembali pulih beberapa minit kemudian.
View this post on Instagram
A post shared by billie eilish fanpage (@wishyouwerebil)
Perkara itu dikongsikan di laman sosial rata-rata penonton konsert tersebut dan mendapat reaksi pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu mengambil berat terhadap peminatnya.
Dalam pada itu, ada di antara peminat mula membandingkannya dengan tindakan dilakukan seorang lagi artis terkenal pada hujung tahun lalu.
Pada 5 November 2021, 10 penonton konsert Festival Astroworld di Houston, Amerika Syarikat maut akibat lemas setelah berasak-asak ketika persembahan oleh rapper terkenal Travis Scott.
BACA: Travis Scott biaya kos upacara pengebumian mangsa, berdepan tindakan saman
Kejadian itu berlaku apabila kesemua mangsa berusia di antara 9 hingga 27 tahun itu berasak-asak berhampiran pentas.
Malah ada juga mangsa dikatakan terjatuh dan dipijak oleh penonton lain akibat terlalu sesak.
Kira-kira 300 penonton lain juga cedera dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Billie Eilish
#Travis Scott
#sesak nafas
#alat sedut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan