awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boikot Israel! Lorde Batalkan Konsert 2018

Gempak
Gempak
26/12/2017
10:00 MYT
Boikot Israel! Lorde Batalkan Konsert 2018
Lorde membatalkan konsert promosi album 'Melodrama' sebagai membantah tindakan Israel.
PENYANYI kelahiran New Zealand, Lorde membuat keputusan untuk membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2018 di Israel.
Keputusan itu dibuat sebagai tanda protes dan sokongan kempen aktivis menentang penempatan Israel di Palestin.
Lorde, 21, berkata dia menerima banyak mesej dan surat yang mendorong dia membuat keputusan membatalkan konsert di negara tersebut.
Menurut Lorde di akaun Twitter, dia mendapatkan nasihat mengenai situasi politik yang berbangkit dan akan mempertimbangkan semua pilihan yang ada.
"Saya sedang berbincang dengan ramai pihak mengenai perkara ini dan akan mempertimbangkan semua pilihan yang ada," tulisnya.
A clear and urgent (not to mention fantastically written) open letter to @lorde by @precariatqueer and Nadia Abu-Shanab https://t.co/LKVbY3jeBV
— Joönî Revånche (@jonnoxrevanche) December 21, 2017
Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev, dalam pada itu meminta Lorde mempertimbangkan semula keputusan tersebut, manakala penyokong pro-Israel bertindak mengecamnya di media sosial.
Terdahulu, beberapa artis lain juga telah membatalkan persembahan mereka di Israel, antaranya Elvis Costello, Lauryn Hill dan Gorillaz.
Lorde dalam rangka promosi album terbaharunya, 'Melodrama' sebelum ini dilaporkan pernah berbual dengan pengkritik di media sosial selepas mengumumkan dia bakal mengadakan konsert di Israel.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: The Guardian
Topic Berkaitan
#Anti Israel
#Artis anti Israel
#Artis New Zealand
#Baitulmaqdis
#Boikot Israel
#Lorde
#Melodrama
#Palestin
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan