awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula

Gempak
Gempak
26/07/2017
07:34 MYT
Boy Iman yakin kisah seram Blok 404 bakal jadi fenomena semula
Boy Iman mengambil peluang untuk menerbitkannya semula dalam bentuk filem kerana ingin mengembalikan semula nostalgia terhadap peminat-peminat yang merindui Blok 404. - Foto Astro Gempak
PENERBIT dan pelakon Datuk Boy Iman yakin telefilem seram Blok 404 yang diterbitkan semula dalam versi filem akan menjadi fenomena semula seperti dahulu.
Menurut Boy Iman, tujuan utama dia menerbitkan filem Blok 404 semula kerana ingin mengembalikan nostalgia peminat-peminat telefilem tersebut.
"Suatu ketika dahulu telefilem Blok 404 telah mencetus fenomena dalam industri hiburan di Malaysia dan jualan VCD sangat tinggi.
"Jadi saya mengambil peluang ini untuk menerbitkan semula dalam bentuk filem kerana ingin mengembalikan semula nostalgia terhadap peminat-peminat yang merindui Blok 404.
"Jika dilihat, ramai juga bakat-bakat baru yang terlahir disana antaranya saya, Nabila Huda, Arwah Faisal Yusof, Raja Azri dan Zamarul Hisham.
"Apa yang boleh saya katakan filem ini lebih menarik kerana aksi yang dipaparkan lebih seram dan mendebarkan penonton," katanya kepada Astro Gempak.
Boy Iman berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Blok 404 yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Boy Iman, filem yang diarahkan oleh Azma Aizal ini bakal menemui penonton di pawagam pada hujung tahun nanti.
Filem Blok 404 dibarisi oleh Amar Asyraf, Nur Risteena, Kamal Adli, Nadia Brian, Zamarul Hisham, Raja Azri dan Boy Iman.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#Amar Asyraf
#blok 404
#Boy Iman
#filem seram
#Nur Risteena
#pawagam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan