awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buah tangan pertama sebagai pengarah, Zizan gementar nak jayakan Heistdilfitri

Gempak
Gempak
21/04/2023
10:18 MYT
Buah tangan pertama sebagai pengarah, Zizan gementar nak jayakan Heistdilfitri
Zizan berkata bukan mudah untuk menjadi pengarah dan dalam pada masa sama turut berlakon dan menerbit. - Gempak
PERTAMA kali memikul tanggungjawab seorang pengarah, pelakon Zizan Razak mengakui dia berasa gementar ketika mengarah telefilem Heistdilfitri.
Menurut Zizan, dia menggunakan segala pengalaman berlakon bersama pengarah-pengarah hebat seperti Syafiq Yusof untuk menjayakan telefilem pertamanya itu.
“Sudah tentu perasaan gementar itu ada, pertama kali minta pelakon lain buat itu dan ini. Selalunya saya yang sedia terima arahan untuk menjayakan sesuatu watak.
“Alhamdulillah saya banyak gunakan pengalaman berlakon dengan pengarah-pengarah hebat seperti Syafiq Yusof. Tapi sebenarnya banyak lagi yang saya kena belajar.
“Insya-Allah kalau kita berusaha boleh jadi bagus macam mereka,” kata Zizan kepada Gempak.
Zizan bergandingan dengan pelawak Issey Fazlisham sebagai pengarah bersama Heistdilfitri yang bakal ditayangkan pada Syawal kedua, pukul 10 pagi di Astro Ria.
Syukur barisan pelakon banyak membantu di set penggambaran, Zizan berkata bukan mudah untuk menjadi pengarah dan dalam pada masa sama turut berlakon dan menerbit.
“Saya syukur semua pelakon sangat profesional dan banyak bantu di set penggambaran. Sebagai pengarah yang baru belajar, saya banyak berbincang dengan Issey.
“Selain itu ada juga tanya pendapat pelakon-pelakon lain. Pendek kata, kali ini saya rasa sendiri tanggungjawab yang besar sebagai pengarah, pelakon dan penerbit drama.
“Selalunya kita fikir berlakon saja. Banyak benda yang kita perlu pertimbangkan bila nak menjayakan sesuatu projek ini,” ujarnya.
Telefilem istimewa Syawal itu turut dibintangi oleh Shikin Kamal, Khir Rahman, Maria Farida dan Jihaa Sham. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Zizan Razak
#Heistdilfitri
#pengarah
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan