awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Che Ta tarik diri juri AF2015, Edry ucap 'All The Best'

Gempak
Gempak
15/09/2015
06:53 MYT
Che Ta tarik diri juri AF2015, Edry ucap 'All The Best'
Pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim meminta supaya semua pihak tidak mengaitkan isu penarikan diri pelakon Rozita Che Wan selaku juri tetap sebagai masalah peribadi.
Pengetua #AF2015 Edry Abdul Halim meminta supaya semua pihak tidak mengaitkan isu penarikan diri pelakon Rozita Che Wan selaku juri tetap sebagai masalah peribadi. Menurut Edry, sebagai pengetua dia berhak untuk mempertahankan pelajar #AF2015 dari sebarang kritikan yang tidak membina. “Saya tak nak mahu isu ini jadi isu peribadi, itu hak Che Ta dan saya tidak ada masalah dengan dia. “Cuma saya tidak berapa gemar cara dia mengkritik kerana bagi saya itu bukanlah kritikan yang membina. “Sebagai contoh minggu lalu tentang kritikan terhadap Rachel, bagaimana kita nak ubah ‘slang’ Rachel sedangkan orang tahu perkara itu agak sukar untuk dibuat? “Dah masuk minggu ketujuh, dan saya rasa tidak perlu lagi ada kritikan-kritikan tak membina seperti itu,” jelasnya ketika dihubungi Astro Gempak pagi Selasa. Selain itu, Edry juga tidak bersetuju dengan dakwaan Che Ta yang menganggap dirinya sebagai seorang yang emosi dan tidak profesional. “Jika nak kata saya bersikap tak profesional, itu salah! Saya masih lagi boleh terima terima apa sahaja kritikan dengan terbuka asalkan ia dapat bantu tingkatkan prestasi pelajar. “Sebagai contoh Dato’ Ramli, setiap kritikan yang diberikan mempunyai penjelasan di mana pelajar sendiri juga faham. “Saya hormati kerja Che Ta sebagai juri dan dalam masa yang sama juga saya perlu pertahankan pelajar-pelajar saya,” katanya tegas. Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai isu penarikan diri tersebut Edry memberitahu itu adalah keputusan terbaik yang dibuat oleh Che Ta. “Saya rasa itu adalah demi kebaikan dia juga, mungkin dia tidak tahan dengan tekanan yang diberikan sebagai pengkritik. “Saya faham ini bukan bidang dia dan jika itu keputusannya, saya hormati dan ‘all the best’ untuk Che Ta. “Andai kata diberikan pengkritik yang baru kalau boleh saya mahu yang terbaik.” katanya mengakhiri perbualan. Ikuti penjelasan Edry mengenai komen Che Ta terhadap persembahan Sufi pada Ahad lalu di minggu yang bertemakan Rock di bawah:
Topic Berkaitan
#AF2015
#Che Ta
#Edry Abdul Halim
#Rozita Che Wan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan