awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Confirm, 200 peratus' - Santesh yakin lagu Mymuna bakal digemari ramai

Gempak
Gempak
25/01/2019
01:02 MYT
'Confirm, 200 peratus' - Santesh yakin lagu Mymuna bakal digemari ramai
Santesh meletakkan sepenuh keyakinan lagu baru ini dapat menambat hati peminat, katanya: 'Jika mereka gemarkan lagu Amalina, mereka mesti sukakan lagu Mymuna.' - Astro GEMPAK
SETELAH sukses dengan lagu Amalina, penyanyi Santesh bakal muncul dengan single terbaru yang bertajuk Mymuna.
Singe terbabit merupakan kesinambungan kepada lagu Amalina dan bakal dilancarkan bersama muzik video pada bulan hadapan.
"Saya sangat gembira dan bersyukur apabila lagu Amalina mendapat sambutan hangat. Bayangkan, kedua-dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil meraih jutaan tontonan di laman YouTube.
"Amalina versi Bahasa Melayu mendapat lebih 25 juta tontonan manakala versi Bahasa Tamil pula mendapat 6.3 juta tontonan. Single terbaru saya, Mymuna bakal muncul bulan hadapan.
"Saya sudah tidak sabar menantikan reaksi dan penerimaan peminat. Saya harap mereka dapat menerima lagu Mymuna," kata Santesh.
Santesh ditemui di majlis pelancaran single Danial Zaini dan Issey serta majlis pengenalan artis di bawah naungan DATU Entertainment di Wisma Datu, Shah Alam baru-baru ini.
Dalam pada itu, Santesh meletakkan sepenuh keyakinan lagu ini dapat menambat hati peminatnya.
"Jika mereka gemarkan lagu Amalina, mereka mesti sukakan lagu Mymuna. Lagu ini juga menampilkan muzik video yang mempunyai jalan cerita tersendiri.
"Saya yakin, mereka mesti suka, 'confirm' 200 peratus," seloroh Santesh mengakhiri perbualan.
Topic Berkaitan
#Amalina
#lagu baru
#Muzik Video
#MyMuna
#Santesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan