awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah berselerakan di rumah mendiang Prince, polis tidak tahu sumber

Agensi
Agensi
18/04/2017
03:22 MYT
Dadah berselerakan di rumah mendiang Prince, polis tidak tahu sumber
Pihak polis yang menyiasat kematian bintang pop Prince setahun yang lalu memberitahu mereka menemui pelbagai jenis dadah penenang yang berselerakan di kediamannya. - Reuters
PIHAK polis yang menyiasat kematian bintang pop Prince setahun lalu memberitahu mereka menemui pelbagai jenis dadah penenang berselerakan di kediamannya, namun masih belum mengenal pasti pihak yang membekalkan dos dadah fetanil iaitu penyebab kematian penyanyi itu.
Semua maklumat itu didedahkan daripada dokumen mahkamah pada Isnin, lapor Reuters.
Berdasarkan afidavit dan laporan waran geledah, beberapa jenis ubat penahan sakit yang dijumpai di kompleks Paisley Park, pinggir Minneapolis itu menunjukkan preskripsi atas nama rakan dan pengawal peribadi Prince.
Kebanyakan pil dijumpai di bilik tidur Prince dan bilik pakaiannya, dan tiada preskripsi dijumpai untuk fentanil - dadah yang 50 kali lebih kuat daripada heroin.
Rekod mendedahkan bahawa Prince mendapat ubat penahan sakit beliau daripada beberapa orang, termasuk bantuan seorang doktor tempatan, Michael Schulenberg yang mula merawat Prince beberapa bulan sebelum kematiannya.
Namun, Schulenberg berkata beberapa preskripsi disediakan atas nama Kirk Johnson, pengawal Prince, untuk melindungi privasi Prince.
Menurut pendakwa raya, Carvey County, dokumen laporan siasatan disimpan sehingga Isnin kerana bimbang suspek berpotensi melarikan diri atau keterangan dimusnahkan.
Kaedah penyiasatan itu termasuk meneliti carian komputer Prince, rekod telefon bimbit kawan-kawannya dan temu bual dengan kenalan terdekat.
Prince, 57, ditemui mati di kompleks Paisley Park pada 21 April 2016.
Topic Berkaitan
#Dadah
#fetanyl
#mahkamah
#paisley park
#Prince
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan